Khamis, 26 Mac 2009

Ziarah Asyraaf Trengganu (21hb~22hb Mar 09)

Asyraaf NS telah mengadakan aktivit ziarah ke Kuala Trengganu pada 21~22hb Mar 2009. Seramai 10AJK telah menyertai aktiviti ziarah ini iaitu Habib Mohsin, Khairudin, Zahir, Hud, Zulnurin, Hakim, Mustafa, Burhanudin, Ariff dan Hanif. Alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat kembali di NS. Kepada Asyraaf Trengganu, terima kasih diatas layanan istimewa kepada kami semua.

Perbincangan sebelum bertolak ke Trengganu dirumah Habib Khairudin.....

Ziarah Makam Tok Ku Paloh (Syed Abdul Rahman B. Syed Muhammad)

Bergambar bersama wakil Asyraaf Trengganu dirumah YDP Asyraaf Trengganu Dato' Syed Abu Bakar. Terkenang nasi dagang..... emm sodap tu.

Bergambar dihadapan rumah asal Tok Ku Paloh..

Bergambar bersama Habib Umar Al-idrus dirumahnya di Kuala Trengganu.

Ziarah Makam To Ku Tuan Besar (Syed Muhamad Bin Syed Ali Zainal Abidin)

Tanda terima kasih kepada Ust Habib Fadzil (Pakar Nasab), di atas ceramah beliau betapa pentingnya menjaga nasab. Cenderahati telah disampaikan oleh YDP Asyaraf NS (Ungku Mohsin). Kepada habib-habib yang blur tentang nasab sendiri, helo-helo lah kat Ust habib Fadzil ni insyaAllah masalah habib akan selesai.

Bacaan Maulud Di'bai...., Sodap lah suara adik tu....

Bergambar bersama wakil Asyraaf Trengganu setelah selesai Majlis Maulud di hadapan surau Tok Ku Paloh, Gong Kapas. Terkonang makan roti berencahkan kari kambing. Sodap bib!

Cenderahati khas kepada wakil Asyraaf Trengganu, Habib Muhammad disampaikan oleh wakil Asyraaf NS (Habib Hanif). Terima kasih diatas layanan istimewa dari Asyraaf Terengganu.

AJK Asyraaf bergambar kenang-kenangan sempena lawatan ke Kuala Terengganu. Semua ehh bujang tigo bib!

Ziarah Makam Syed Yasin Bin Syed Ahmad di Kuala Trengganu

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ni rombongan mengeratkan hubungan silatulrahim antara dua negeri....tapi kalau ade yang berhajat nak menetap terus di terengganu tu....kena buat lawatan susulan tuu.....