Isnin, 30 Mac 2009

Sambutan Majlis Maulidur Rasul (Masjid Negeri)

Sambutan Majlis Maulidur Rasul telah diadakan di Masjid Neger (Negeri Sembilan) pada 16th Mar 2009, jam 7.0pm hingga 10.00pm. Majlis ini telah dihadiri oleh Habib Musa (Hadramaut, yaman) dan telah diterjemahkan syarahannya oleh Habib Ali.

Sambutan Majlis Maulidur Rasul (Masjid Sg Duo, Kuala Pilah)

Sambutan Majlis Maulidur Rasul di Masjid Sungai Duo (Kuala Pilah) pada 5hb Mar 2009, jam 7.00pm~10.30pm telah dihadiri oleh Ulama besar iaitu Habib Hassan Al-Attas, Habib Umar Al-Idrus dan Ust Sheik Muhd Fuad Al-Maliki.



Jamuan Teh Bersama Habib Hassan Al-Attas & Habib Umar Al-Idrus

Majlis jamuan teh bersama Habib Hassan Al-Attas & Habib Umar Al-Idrus telah diadakan dirumah Habib Abdullah Jamalullail pada 15hb Mac 2009, jam 4.30ptg. Kedatangan Ulama besar ini telah disambut dengan sempurna oleh wakil Asyraaf NS. Terima kasih kepada sdr Lazim bin Aziz diatas kesudian beliau memberi ruang pada Ulama besar untuk beramah mesra dengan ahli AJK Asyraaf NS. Terima kasih kepada Habib Abdullah diatas persediaan jamuan teh ini.


Sambutan Majlis Maulidur Rasul (Al-Jendrami)

Sambutan Majlis Maulidur Rasul di Yayasan Al-Jendrami telah berlangsung pada 14hb Mac 2009.
Majlis ini telah dihadiri oleh Ulama besar iaitu Habib Hassan Al-Attas, Habib Umar, Habib Afeffudin, Habib Musa (Hadramaut, Yaman) dan Habib Ali.

Ahad, 29 Mac 2009

Sambutan Majlis Maulidur Rasul Perdana (Yayasan SOFA)

Sambutan Majlis Maulidur Rasul Perdana di Yayasan SOFA, Rembau Negeri Sembilan.
Tarikh: 4hb Apr 2009
Masa : 6ptg ~ 9.30mlm

Muslimin & Muslimat dijemput hadir.

Khamis, 26 Mac 2009

Ziarah Asyraaf Trengganu (21hb~22hb Mar 09)

Asyraaf NS telah mengadakan aktivit ziarah ke Kuala Trengganu pada 21~22hb Mar 2009. Seramai 10AJK telah menyertai aktiviti ziarah ini iaitu Habib Mohsin, Khairudin, Zahir, Hud, Zulnurin, Hakim, Mustafa, Burhanudin, Ariff dan Hanif. Alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat kembali di NS. Kepada Asyraaf Trengganu, terima kasih diatas layanan istimewa kepada kami semua.

Perbincangan sebelum bertolak ke Trengganu dirumah Habib Khairudin.....

Ziarah Makam Tok Ku Paloh (Syed Abdul Rahman B. Syed Muhammad)

Bergambar bersama wakil Asyraaf Trengganu dirumah YDP Asyraaf Trengganu Dato' Syed Abu Bakar. Terkenang nasi dagang..... emm sodap tu.

Bergambar dihadapan rumah asal Tok Ku Paloh..

Bergambar bersama Habib Umar Al-idrus dirumahnya di Kuala Trengganu.

Ziarah Makam To Ku Tuan Besar (Syed Muhamad Bin Syed Ali Zainal Abidin)

Tanda terima kasih kepada Ust Habib Fadzil (Pakar Nasab), di atas ceramah beliau betapa pentingnya menjaga nasab. Cenderahati telah disampaikan oleh YDP Asyaraf NS (Ungku Mohsin). Kepada habib-habib yang blur tentang nasab sendiri, helo-helo lah kat Ust habib Fadzil ni insyaAllah masalah habib akan selesai.

Bacaan Maulud Di'bai...., Sodap lah suara adik tu....

Bergambar bersama wakil Asyraaf Trengganu setelah selesai Majlis Maulud di hadapan surau Tok Ku Paloh, Gong Kapas. Terkonang makan roti berencahkan kari kambing. Sodap bib!

Cenderahati khas kepada wakil Asyraaf Trengganu, Habib Muhammad disampaikan oleh wakil Asyraaf NS (Habib Hanif). Terima kasih diatas layanan istimewa dari Asyraaf Terengganu.

AJK Asyraaf bergambar kenang-kenangan sempena lawatan ke Kuala Terengganu. Semua ehh bujang tigo bib!

Ziarah Makam Syed Yasin Bin Syed Ahmad di Kuala Trengganu

Khamis, 12 Mac 2009

Mesyuarat AJK Asyraaf.

Salam,
Untuk maklumam, satu mesyuarat AJK dan Majlis Maulud akan diadakan di rumah Habib Hakim Al-Idrus di TTJ pada 14thMar09, Sabtu jam 10.00pg.
Kehadiran anda amat dialu-alukan.



Rabu, 11 Mac 2009

Peluang Perniagaan Bersama RFC (Real Fried Chicken)

Salam Ya Habib,
Peluang berniaga secara francais bersama Habib Saifol (RFC Founder).
Beliau merupakan Setiausaha Asyraaf Malaysia.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi beliau.

Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke 25 Jamiatul Khairiah


Majlis makan malam ulang tahun ke25 Jamiatul Khairiah telah diadakan di Dewan Felda pada 6thMar 2009. Asyraaf NS telah menghantar tiga orang jawatankuasa iaitu Engku Mohsin, Habib Amiludin dan Habib Zulnurin. Terima kasih diatas tajaan majlis jamuan makan ini.

Foto bersama wakil Trengganu....



Foto bersama wakil perak, Habib Husin Al-Junid....?


Persembahan artis dari Indonesia diiringi dengan dengan petikan gambus dan gesekan biola.



Makan bersama wakil Al-Yamani...

Bergambar bersama Sdr Hafiz Al-Yamani

Foto bersama wakil Jamalullail Perak.

Foto bersama Tan Sri Syed Yusof Sy Nasir & Sy Saifol (S/U Asyraaf M'sia)